hai hati
janganlah kau terluka
janganlah kau bersedih
janganlah kau kecewa
kerana inilah lumrah bercinta
kerana inilah pengalaman hidup
kerana inilah ragam manusia
tak semua fahami kita
tak semua hargai kita
tak semua kenali kita
hati haruslah tabah
hati haruslah kuat
hati haruslah bersedia
dunia hanya sementara
dunia hanya pinjaman
kita pelakon didalamnya
Saturday, February 6, 2010
hati
seikhlas jiwa athyQ at 7:42 AM 0 orang merapu
Tuesday, February 2, 2010
cintaku kini
kehidupan manusia dalam dunia ibarat pelakon yang berlakon di pentas opera. manusia yang mengawal segala-galanya..ada berbagai jenis manusia dalam alam fana ini. ada yang baik, ada yang jahat, ada yang alim, ada yang berpura-pura alim, tak kurang juga ada yang hidung belang. tapi bukan hidung berbelang-belang. ada manusia yang berkawan kerana berkehendakkan sesuatu, ada juga yang berkawan sebab ikhlas berkawan. tak kurang juga berkawan sebab simpati.
aku pon manusia, manusia yang tersangat banyak kelemahanya..manusia yang sedang mengubah dirinya menjadi lebih baik dari sebelumnya. manusia yang mampu menangis meratap didalam hati atas kejadian yang berlaku, manusia yang langsung tiada kuasa untuk melakukan apa-apa..tapi aku manusia yang ingin dicintai..
mengenali mohd razif bin abd rashid bermakna kenallah aku dengan cinta yang ketiga dalam hidupku..berkenalanlah aku dengan apa itu yang dinamakan sayang, yang dinamakan rindu, cinta yang datang luhur dari hati, yang tulus ikhlas dari hati yang paling jauh.hati yang selama ini keras. yang tak ikhlas menerima cinta lelaki..dan kini aku berubah kerana cintanya. aku mencintainya selepas cintaku pada Allah dan rasul, selepas cintaku pada keluargaku..dan aku memang menrinduinya...
seikhlas jiwa athyQ at 7:22 PM 0 orang merapu
Tuesday, January 26, 2010
sian
dalam dunia ni...semua perlukan pasangan.tak semestinya berlainan jantina, tak semestinya pasangan bercinta. bersahabat, berkawan, berteman..pon boleh dikatakan pasangan..dan zaman sekarang ni orang suka betul bertukar-tukar pasangan. bertukar-tukar kekasih, bertukar-tukar kawan..bila dapat kawan yang boleh diperkotak katikkan, mestilah dipergunakan sebolehnya kan.bukan dikisahkan kawan tu terasa ke, sakit ati ke..ada jugak orang kawan sebab orang tu cantik, tak pon sebab orang tu pandai, or maybe sebab orang tu ank smbody, tak mustahil jugak sebab orang tu femes.pastu bila dah dapat apa yang dia nak, semua kawan-kawan dia yang biasa-biasa je, yang tak ada pape dilupakan,ditinggalkan..jadilah macam kacang lupakan kulit...sian membe2 dia yang ditinggalkan tu...
seikhlas jiwa athyQ at 8:17 PM 0 orang merapu
Wednesday, January 20, 2010
sebab aku lama tak update
hye...
macam dah lama tak update blog..bukan macam kowt..memang lama, lama sangat-sangat tak mengupdate blog ni...dan lama juga tak menjenguk blog membe-membe yang lain..
ni cuba nak mengupdate tapi tak tahu nak share ape..rasa macam kekok sesangat.ada benda nak cerita tapi macam malas, nanti tak pasal-pasal bawak cerita sedih pulak akhir-akhir sem ni..tak nak la cam tu kan...
tapi apa yang pasti sekarang ni aku dah buang imej emo, gothic or wtever la yang hitam-hitam ni dalam diri aku..athyq yang baru..warna warni sikit...hohoho...tapi aku tau, tu semua bukan penting pon tuk korang, and bukan semua perasan perubahan tu..yelah aku kan tak femes..hahaha..
before nak sign out, nak cite siket boleh???
aku tak suka 1 sifat manusia ni,sifat perasan diri tu bagus..yea..mungkin kamu semua memang bagus,pandai, cantik, hot maybe..apa lagi erk yang boleh dipuji...erm..tah, pikir sendiri..tapi tak perlu kot nak memperkotak katikkan orang lain, tak perlu nak tolak-tolak orang lain, tak perlu nak pandang rendah kat orang lain..sebab apa..sebab orang lain pon ada perasaan macam kamu semua tu, mungkin dia ketawa, tapi kamu semua tak tahu kan apa yang ada dalam hati dia, kamu semua tak tahu betapa sedihnya dia kamu semua tolak-tolak dia sana sini.
kamu semua jangan pikir kamu semua bagus, yea..aku memang tak bagus, memang tak bagus langsung la.tak layak pon nak berdiri sebelah kamu semua, tak layak pon nak bagi komen ke apa-apa ke..sebab kamu semua dah terlampau bagus, bagus sangat sampai dah tak boleh ditegur, tapi kamu sedar tak. apa yang kamu dapat tu anugerah dari Allah, cuba kamu semua bayangkan suatu hari nanti anugerah kamu tu ditarik balik..apa perasaan kamu semua..aku memang tak paham langsung apa yang ada dalam fikiran kamu semua tu..mungkin sebab aku tak setaraf kamu semua kot..sebab tu tak tercapai akalku..huhuhu..
sebab apa aku kata kamu semua?? sebab aku tak tujukan kat sapa-sapa pon..kat dunia ni ramai orang..aku pon tak berhak nak jatuhkan sapa-sapa..tapi kalau ada yang terasa aku minta maaf..tu pon kalaulah....mybe tak de sape-sape terasa kot..
hohoho...
seikhlas jiwa athyQ at 10:55 PM 3 orang merapu
Monday, December 21, 2009
saja, lama tak update
erm..bila difikir-fikir balik lama sangat aku tak update blog ni..bukan sebab tak boleh connect ngan internet, bukan juga sebab tak de benda happy or sedih..kalau diikutkan memang tak de sebab la..eh ada 1 sebab. sebabnye malas...cuti kali ni besh, sebab kehidupan aku pon dah berubah, more better than before. sapa-sapa yang perasan aku pakai gelang hitam untuk 5 sem, lepas ni korang takkan nampak benda tu dah kat tangan aku ni..aku dah tak pakai dah benda-benda tu, kuku aku pon aku dah tak nak hitamkan lagi. semua ni sebab aku nak berubah dan ditambah pula ada orang tak bagi aku pakai benda-benda tu. jadi tingglkan je la kan..
last week cousin aku kahwin,memang patut kahwin pon.dah 25 tahun..tengok orang kahwin aku pon terasa nak kahwin,hahaha..agak-agak nak sambung degree tak erk?? kalau tak sambung pastu kahwin agak-agak mak bagi ke??huhuhu..penat tertongeng tongeng belajar..penat kene marah..penat wat asgmnt sorang-sorang, penat habis duet beli buku tapi tak guna, penat bangun awal pagi pegi class pastu class cancel.pikir nak kahwin je kerja nye...uruskan diri tak betul lagi..kesat hingus pon guna tudung membe..hahaha..ada ke??
tapi betul la, sekarang ni aku terpikir nak sambung degree ke tak..kalau diploma gaji sikit.tapi kalau sambung degree nanti hutang bertambah..adoyai..susah seh..macam mana nak wat keputusan erk..satu lagi problem kalau aku sambung degree, dibuatnya aku masuk saing adik-adik aku. parent aku nak wat cam ne?? fyda habis matrix confirm masuk degree, saing aku. taufik maybe dapat u..lepasan spm.dayah aku tak confirm la boleh dapat x..paling-paling mak masukkan giatmara je..maksudnya 3 orang masuk IPT serentak..gimana sih..mak cakap kalau aku nak sambung and masa serentak. mak suh kawan aku tu hantar. kalau aku beritahu kawan aku tu, laju je la dia.huhuhu...jom wat solat istikarah..tapi jalan buat tuk tengok bakal suami, tengok nak sambung ke tak. nanti tak pasal-pasal salah niat.wakaka...
seikhlas jiwa athyQ at 2:06 PM 0 orang merapu
Tuesday, December 8, 2009
kehormatan
zaman sekarang dah berubah.berubah dari segenap segi,mugkin bahasa pon berubah. sebab tu lah zaman sekarang ni makin ramai orang-orang muda, mungkin termasuk saya, kurang ajar.kurang ajar dengan orang tua. anak-anak kurang ajar dengan ibubapanya, adik-adik kurang ajar dengan kakak, abangnya. ni dalam salasilah keluarga belum masuk manusia-manusia kat tepi jalan tu. masing-masing dah anggap orang tua tu macam bodoh sangat, boleh dipijak-pijak, boleh ditipu. tinggikan suara tu dah dikira biasa dah. buat kerja sikit berungkit-ungkit sampai 7 keturunan. masing-masing pikir ibubapa diorang cetak duit. minta macam-macam, bila tak dapat mengamuk. kurang ajar betul!!!.bila tah kehidupan cam ni nak berakhir. bukan minta apa, yang penting hormat. hormatkan orang tua.
seikhlas jiwa athyQ at 3:48 PM 0 orang merapu
Tuesday, December 1, 2009
utuhnya kasihku....
Cinta sang kekasih kepada kekasihnya
Ibarat utuhnya cinta sang awan pada matahari
Siang menjelma, matahari memancarkan cahayanya
Melempiaskan rasa cintanya pada sang awan.
Keindahan cuaca mengambarkan segalanya
Betapa bahagianya awan berada disisi matahari
Sentiasa tersenyum indah menemani seisi alam.
Kebahagian cinta mereka tak selamanya indah,
Malam menjelma, matahari seakan memencilkan diri
Hanya kerana kewujudan bulan, matahari menyepi,
Cinta awan tetap utuh,
Kehadiran sang bulan tak mengubah cintanya
Hatinya tetap setia pada kekasihnya
Setia menanti dengan sepenuh harapan
Penantiannya tidak sia-sia
Matahari mnjelmakan dirinya
Menemui kekasih hatinya
Awan kembali ceria seceria sinar suria
Betapa utuhnya cinta awan pada sang matahari
Nukilan : Nurul atiqah & mohd razif
30/11/2009
11.30 a.m
seikhlas jiwa athyQ at 7:10 AM 0 orang merapu



